95 research outputs found

    Encouraging Access to Justice for Indonesian Migrant Workers in Malaysia: The Need of Engaging Legal Aid Organizations in ASEAN

    Get PDF
    The aim of this study is to analyse the problems of Indonesian migrant workers and how legal aid organizations overcome that issue. The most of Indonesian migrant workers in Malaysia experience a range of human insecurity, living under threatening circumstances such as being victims of violence or physical abused and encounter severe deprivation of basic needs. Otherwise, some difficulties arise in the law enforcement to tackle those problems, because of the lack of access to justice in the legal framework. Therefore, the need of instruments to acknowledge, to provide and to implement the access to justice through legal aid assistance are important to secure social protection of migrant workers. This study elaborates the development and the role of legal aid organizations network concerning on access to justice for Indonesian migrant workers. The research method is using purposive sampling for qualitative data collection with content of analysis technique. The result study exposures that legal aid organizations have been handling several cases of Indonesian migrant workers in Malaysia by using pro-bono lawyer. However, there are problems of conducting advocacy; the lack of information in migrant workers about legal aid assistance because of the hindrance by their user, and the lack of good advocacy mechanism in legal institutions to empowerment function of access to justice. Thus, the need to strengthening network of migrant workers trade union, civil society and community; particularly in ASEAN countries is an important thing to start enforcing access to justice and ensuring human security for Indonesian migrant workers in Malaysia

    Kesejahteraan komuniti dalam skop perumahan mampu milik mampan

    Get PDF
    Kesejahteraan merupakan keperluan penting dalam kehidupan masyarakat masa kini dan rumah pula merupakan keperluan asas yang seharusnya mampu menjadi kediaman kondusif, ke arah membentuk keluarga serta komuniti sejahtera. Kawasan perumahan yang lengkap dengan kemudahan, kemudahsampaian yang baik, serta kawasan kejiranan yang mampu memberikan segala kemudahan yang diperlukan, adalah suatu perancangan yang baik disamping mengambilkira faktor-faktor sosioekonomi dalam mewujudkan perumahan mampu milik (RMM) yang mampan. Objektif penulisan ini adalah untuk menganalisa 81 tema-tema daripada artikel-artikel terdahulu, berkaitan RMM mampan dan kesejahteraan. Seterusnya penulisan ini menggabungkan tema-tema yang diperolehi kepada tema-tema utama untuk dianalisis, bagi mendapatkan tema terpenting dalam penyediaan RMM. Kaedah Analisis Tematik dan kaedah Membuat Keputusan Pelbagai Kriteria (MCDM), yang menggunakan perisian Definite 3.1, digunakan bagi menganalisis tema-tema utama tersebut. Hasil analisis ke atas 81 tema dari penulisan terdahulu, ianya telah digabungkan menjadi sembilan tema utama. Setelah analisis tematik dan MCDM dijalankan, KESELAMATAN merupakan aspek atau tema terpenting dalam mewujudkan perumahan mampu milik dan diikuti dengan tema kos, seterusnya tema rekabentuk dan kualiti RMM

    Aset kampus sebagai tarikan edupelancongan UKM Kampus Bangi

    Get PDF
    Edupelancongan yang menitikberatkan pembangunan aset sedia ada di kawasan kampus merupakan usaha yang harus dipentingkatkan terutamanya apabila Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah melancarkan Edutourism Pakej 101 pada Ogos 2015. Kampus UKM Bangi juga sedang merancang untuk melancarkan edupelancongan dalam kampus dengan menggunakan aset sedia ada sebagai tarikan pelancongan kepada pengunjung luar. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana aset kampus mampu dijadikan sebagai salah satu tarikan edupelancongan di kampus UKM Bangi. Kajian ini menggunakan data sekunder dan data primer daripada soal selidik yang dijalankan dalam kalangan komuniti staf dan komuniti pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa komuniti staf dan pelajar bersepakat dalam mengenal tempat-tempat di UKM yang berpotensi dijadikan edupelancongan, dengan min purata paling tinggi iaitu 4.20 dan 4.04 masing-masingnya. Melalui kajian ini, aset kampus yang sedia ada di UKM Bangi mempunyai potensi yang tinggi untuk dijadikan sebagai tarikan di kampus UKM Bangi

    Pelancongan Bandar Diraja: Satu Pola Kunjungan Pelancong Domestik di Kuala Kangsar

    Get PDF
    Pelancongan Bandar Diraja merupakan salah satu produk pelancongan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong domestik di Malaysia. Produk pelancongan merupakan aset penting dalam melengkapkan sesebuah destinasi pelancongan. Kini, Malaysia turut menerima kesan positif menerusi pembangunan pelancongan Bandar Diraja kerana keunikan dan tarikan utamanya telah menjadikan ia salah satu destinasi pelancongan bagi pelancong domestik dan antarabangsa. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti cirian kunjungan berdasarkan segmen pelancong domestik ke Bandar Diraja Kuala Kangsar. Teknik pensampelan secara kebetulan digunakan bagi sampel kajian sebanyak 500 pelancong. Data kajian diperoleh melalui edaran borang soal selidik di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak yang melibatkan tiga zon berbeza iaitu di sekitar kawasan bangunan bersejarah seperti muzium, galeri dan arkib serta di masjid, kawasan lembah Sungai Perak dan tapak-tapak pesta di kawasan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Hasil analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan ketara dalam cirian kunjungan daripada segmen pelancong domestik. Pelancong domestik menunjukkan bahawa terdapat kunjungan bagi kelima-lima tapak pewartaan yang ada. Dari aspek keperluan perkhidmatan juga menunjukkan pola sama bagi kesemua pelancong yang mengunjungi Bandar Diraja Kuala Kangsar

    Pembangunan perindustrian dan impak terhadap ekonomi lokal di Dumai, Riau, Indonesia.

    Get PDF
    Pembangunan perindustrian di Indonesia pada era autonomi daerah harus dapat menjawab segala tentangan globalisasi ekonomi dunia dan mampu menjangkakan perkembangan perubahan persekitaran. Makalah ini bertujuan menganalisis impak pembangunan perindustrian terhadap pembangunan ekonomi lokal pada era autonomi daerah Riau, Indonesia. Kajian lapangan dijalankan untuk mendapatkan pendapat pakar dari key informant di Dumai serta Pekan Baru di Riau, Indonesia. Pembangunan perindustrian mempunyai impak positif dan negatif. Pembangunan perindustrian pada era autonomi daerah lebih mementingkan aspek pertumbuhan ekonomi dan pembangunan fizikal manakala kualiti persekitaran tergugat. Justeru, pembangunan perindustrian mesti mengambilkira kepentingan persekitaran untuk kepentingan generasi hadapan. Kemorosotan kualiti persekitaran memberi impak terhadap kemorosotan kualiti hidup penduduk tempatan dan kualiti persekitaran. Oleh hal sedemikian, langkah-langkah perlu dilaksanakan demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan generasi masa akan datang

    Melaka sebagai pintu masuk pelancongan Sumatera: Perkembangan semasa dan cabaran era global

    Get PDF
    Negeri Melaka sudah lama membina jaringan strategik sebagai satu wahana untuk perdagangan,kebudayaan, keagamaan dan kerjasama penduduk dengan negara berjiran, terutamanya dengan beberapa provinsi di Sumatera, Indonesia. Hubungan di antara kedua buah negeri dan provinsi ini dengan mudah diperhati atau diterjemahkan melalui perjalanan penduduk bagi tujuan pelancongan sama ada di Melaka atau beberapa bahagian di Sumatera. Sebagai sebuah negeri yang mengiktiraf sektor pelancongan sebagai penjana ekonomi yang utama, banyak inisiatif telah diambil oleh pelbagai pihak berkepentingan di Melaka.Meskipun begitu, isu berkaitan orientasi pembangunan pelancongan yang memberi fokus kepada hal-hal berkaitan peranan Melaka sebagai pintu masuk pelancong Indonesia masih kurang diselidiki. Apakah langkah-langlah ini hanya menguntungkan negeri Melaka semata-mata atau Sumatera juga mendapat manfaatnya. Berdasarkan kajian di Melaka dan Riau – Dumai pada bulan April 2009, manfaat daripada pelancongan dinikmati oleh kedua-dua wilayah meliputi aliran kemasukan pelancong, aliran keperluan perkhidmatan dan barangan dan juga aliran pertukaran budaya serta kesenian. Artikel ini turut membincangkan cabaran negeri Melaka sebagai pintu masuk pelancongan daripada Sumatera menjelang pembentukan komuniti ASEAN 2015

    Ekonomi pengalaman dalam sektor gastronomi dari lensa komuniti setempat

    Get PDF
    Gastronomi merupakan salah satu sektor dalam pelancongan yang kini mendominasi perkembangan ekonomi pengalaman. .Ekonomi pengalaman, yang diperkenalkan oleh Pine dan Gilmore (1998), mencadangkan bahawa pengguna mencari The Four Realms yang terdiri daripada empat unsur; pendidikan, hiburan, estetik dan kelainan semasa mendapatkan barangan atau perkhidmatan. Walau bagaimanapun, bagaimana penduduk tempatan mengungkapkan ekonomi pengalaman dalam konteks sektor gastronomi masih tidak jelas walaupun lokasi mereka telah terkenal diiktiraf sebagai destinasi gastronomi. Artikel ini bertujuan untuk menilai prestasi pengalaman ekonomi dalam sektor gastronomi, terutaman di restoran dan kafe premis di Bandar Baru Bangi. Kawasan kajian ini dipilih kerana ia terkenal dan diiktiraf sebagai destinasi gastronomi bukan sahaja dalam kalangan penduduk setempat tetapi juga masyarakat luar. Hasil kajian diperolehi melalui pemerhatian di lapangan dan survei ke atas 382 responden yang terdiri daripada komuniti setempat di Bandar Baru Bangi menggunakan persampelan bertujuan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengalaman estetik dan kelainan lebih menonjol daripada pengalaman pendidikan dan hiburan. Penduduk merasakan bahawa premis gastronomi melibatkan banyak unsur pengalaman berbentuk fizikal dan langsung seperti menikmati hidangan autentik. Sebaliknya, pendidikan dan pengalaman hiburan kurang dirasakan dalam sektor ini, kerana ia melibatkan pengaruh penyerapan dalam minda pelanggan. Dapatan kajian ini boleh digunakan oleh usahawan sektor gastronomi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan, dan memposisikan sektor gastronomi sebagai ekonomi pengalaman yang dominan

    Tanah tinggi sebagai destinasi utama pelancongan wilayah: Potensi dan cabaran

    Get PDF
    Menerusi pelan pembangunan pelancongan wilayah di Malaysia, pelbagai produk pelancongan telah dikenalpasti antaranya pelancongan tanah tinggi. Keunikan, keindahan alam sekitar, khazanah tinggalan sejarah, iklim yang sejuk dan habitat flora serta fauna menjadi punca utama kawasan ini berpotensi sebagai destinasi pelancongan utama pada masa kini. Di samping itu, tanah tinggi turut berfungsi sebagai kawasan pertanian, petempatan dan tadahan air. Namun, pembangunan yang pesat dan tidak terkawal menyebabkan berlakunya perubahan fizikal dan menimbulkan pelbagai masalah seperti pencemaran alam sekitar, tanah runtuh, banjir, pemendapan sungai, pencerobohan tanah haram dan sosiobudaya. Permasalahan ini merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak kerajaan dan masyarakat dalam usaha membangunkan pelancongan tanah tinggi sebagai salah sebuah aset pelancongan negara. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk mengkaji potensi dan cabaran tanah tinggi Cameron Highlands dalam pelbagai aspek, termasuk model bagi perancangan dan pembangunan pelancongan tanah tinggi wilayah. Pendekatan kajian adalah berdasarkan analisis dokumen kerajaan seperti Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002 dan Rancangan Tempatan Cameron Highlands 1998- 2010. Hasil kajian mendapati Cameron Highlands berpotensi sebagai salah satu destinasi utama pelancongan tanah tinggi. Kajian ini mencadangkan kerjasama pelbagai pihak dilaksanakan bagi menjamin kelestarian pelancongan wilayah terutama di Tanah Tinggi Cameron Highlands

    Ideopolis di wilayah Bandaraya Kuala Lumpur: ke arah memperkasakan daya saing hub pendidikan di peringkat global (Ideopolis in the City-region of Kuala Lumpur: empowering an educational hub for global competitiveness)

    Get PDF
    The paradigm shift toward the k-economy in this era of globalization requires various stakeholders - industrialists, governance, universities - to be competitive, proactive and innovative in creating new ventures. To meet these demands, the formation of an ideopolis as a development strategy has become a central concern in developing countries. Various studies have shown that for an educational city-hub to function effectively as an ideopolis nine key components or drivers will need to emerge, namely, physical investment; building on existing assets; diverse specialization; high skill organisation; a vibrant education sector; a distinctive knowledge niche; connectivity leveraging; strong visionary leadership; and community investment. For Malaysia the question if it is meeting all the nine requirements of an ideopolis is relevant, crucial and needs to be answered. Based on an empirical case study of the Kuala Lumpur city-region, this paper seeks to gauge the extent to which the city-region has been able to meet some of those prerequisites. It concludes that the Kuala Lumpur city-region is an emergant ideopolis that sets to enhance the country’s regional and global competitiveness

    Fenomena Experience Economy dalam konteks kepenggunaan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk meneliti fenomena Experience Economy (EE) atau Ekonomi Berasaskan Pengalaman (EBP) dalam konteks kepenggunaan di Bukit Bintang Kuala Lumpur. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti elemen Experience Economy di Bukit Bintang dan melihat kecenderungan empat elemen Experience Economy yang paling dominan di kawasan kajian. Empat elemen EE yang dikenal pasti terdiri daripada elemen Entertainment, Educational, Escapist dan Esthetics. Kajian ini juga menghubungkaitkan faktor demografi responden terhadap empat elemen EE. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 100 orang responden. Teknik persampelan rawak berlapis diguna pakai dan hanya seramai 96 orang responden yang terlibat. Data dianalisis secara deskriptif dan menggunakan kaedah taburan silang (crosstab) bagi menghubungkaitkan faktor demografi responden terhadap keempat-empat elemen EE. Bagi mengenal pasti elemen yang dominan di kawasan kajian pula, pengkaji juga menggunakan nilai skor purata (mean) bagi setiap elemen. Hasil kajian mendapati bahawa, elemen EE yang paling dominan di Bukit Bintang adalah elemen Escapist iaitu dengan nilai purata 3.61 diikuti elemen Esthetics dan Entertainment 3.14, serta elemen Educational 2.82
    • …
    corecore